Friday, 28 June 2013

50 RANGSANGAN MUDAH MENJADIKAN ANAK BIJAK


fwd: Saya dapat email ini drpd seorg kawan dan ingin berkongsi dgn semua. Saya teruja nak cuba tip #39… tapi kena tunggu anak-anak ni besar sikitlah. Kalau nak cuba sekarang, takut pulak orang kata "buang tebiat ke ape ke, dok bagi anak main hujan!". Teringat masa kecik-kecik dulu main hujan dengan abang dan adik… Hemmm… heaven! 

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil. 

1-BERTENTANG MATA 


Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya. 

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA 


Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi. 

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN 


Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.. 

4-JELIRKAN LIDAH 


Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia. 

5-HASILKAN BUKU BINATANG 


Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan. 

6-GELETEKLAH BAYI ANDA 


Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 
'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku. 

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN 


Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak. 

8-BERKONGSI PANDANGAN 


Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata. 

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA 


Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik. 

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA 


Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin. 

11-SENTUH DAN RASA 


Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya. 

12-PERGI MEMBELI-BELAH 

Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi. 

13-BERI KATA KUNCI 


Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat. 

14-BERI KEJUTAN 


Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya. 

15-SEDIAKAN BANYAK TISU 


Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari. 

16-BACA BUKU 


Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa. 

17-MAIN CAK-CAK 


Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali. 

18-JANGAN LUPA REHAT 


Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda. 

19-MAIN DENGAN WARNA 


Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya. 

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA 


Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya. 

21-ANGKATKAN SAHAJA 


Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri. 

22-BIAR DIA MEMBEBEL 


Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat. 

23-LATIHAN MENEKA 


Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya. 

24-BINA LALUAN HALANGAN 


Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi 

bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut. 

25-IKUT RENTAKNYA 


Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa. 

26-BUAT MUKA LAWAK 


Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka. 

27-RASA SEKELILING ANDA 


Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut. 

28-CERITAKAN KISAH DONGENG 


Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok. 

29-BAYANGAN WAJAH 


Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya. 

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS 


Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna. 

31-GOYANGKAN BADAN 


Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina. 

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN 


Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya. 

33-KIRA SEMUANYA 


Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda. 

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA 


Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?") 

35-TUTUP TV 


Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya. 

36-TUKAR PEMANDANGAN 


Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan. 

7-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA 

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) . 

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA 


Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya. 

39-MAIN HUJAN 


Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering. 

40-MENANGKAP SERANGGA 


Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya. 

41-BERGURAU- SENDA 


Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya. 

42-MAIN DENGAN PAKAIAN 



Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda. 

43-AJAR TENTANG ISIPADU 


Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil. 

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA 


Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon. 

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA 


Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain. 

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN 


Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan. 

47-CONTOHI CARA SESAME STREET 


Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur. 

48-MAIN BERULANG-ULANG 


Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu. 

49-MAIN "TIRU-MENIRU" 


Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain. 

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN 


Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti. 

Selamat mencuba!

sources: mahligaigroup

Sunday, 16 June 2013

women are GREAT !!! (^_^)

A simple thought to stop and think about  :)

BELIEF 1 : SHE LL NEVER BE SATISFIED
TRUTH : Woman are always looking for ways to makes things better. Don't take her suggestions as Complaints or Critisms, but as her desire to make the Relationship or Situation the best that it can be. 

BELIEF 2 :A STRONG, CONFIDENT WOMAN DOESN'T NEED A MAN TO TAKE CARE OF HER 
TRUTH :Everyone Loves To Be Taken Care Of and To Feel Needed. Even if a Woman can fix things around the house or change the oil in her car, She will still ask for help so she can feel Your Strength, Support and Protection. Don't Ever Stop Asking,  A What Can I Do For You ? because it shows her that you care.

BELIEF 3 :WOMAN ONLY WANT TO CONTROL MEN
TRUTH :Its Not About Control ; Its About Love. When a Woman sees a Man Hurting , Struggling or Overwhelmed, Her Goal is to Help, Not Control. Let Her give You a Helping Hand.

BELIEF 4 :KEEPING A WOMAN REQUIRES A LOT OF HARD WORK, TIME AND MONEY
TRUTH :A Serious Relationship Requires Time and Effort to Cultivate It. You shouldn't Look at it as a Burden. Your Wife or Girlfriend will reciprocate the effort you put into it.

BELIEF 5 :
YOU CANT LIE TO WOMAN 
TRUTH :Woman Are Extremely Capable of Picking up Moods and Attitudes and can easily read Body Language and Facial Expressions. Although You may think that You have gotten away with a Great Lie, She is either letting it slide because She wants to keep the Peace, or She is Lying to Herself because Shes Afraid of the Truth.

BELIEF 6 :JEALOUSY AND POSSESSIVENESS ARE A PART OF BEING A WOMAN
TRUTH:Woman are Protective of What Belongs to them. They Protect the things they Value, especially when it comes to Relationships. Its not that she doesn't Trust You .She is Guarding the Relationship. You are too Precious to Her for Her to allow anything bad to happen .

BELIEF 7 :WOMAN ARE EMOTIONAL 
TRUTH :Woman Don't Hide their Feelings. They articulate whats going on in their Minds. There is nothing wrong with emotions.. We All Have Them. Being in Touch with their emotions causes women to be Sensitive and Caring, and that why Men Love Them... 

sources : pakbelang



BERHATI-HATILA DENGAN SINDROM KARPAL !!!!


BERHATI-HATILAH !!!!

Bagi Anda yang selalu bekerja dengan menggunakan KOMPUTER 
Kesalahan dalam penggunaan MOUSE sehari-hari 
Akan berakibat pada KARPAL SINDROM! 
GUNAKAN MOUSE dengan BAIK dan BETUL! 
Pembedahan Pasien dengan KARPAL SINDROM 









"SENAMAN TANGAN UNTUK MENGHINDARI

SINDROM KARPAL"


sources : kelakaryahoogroup.com

25 PESANAN LUQMANUL HAKIM KPD ANAKNYA

sampaikanlah walaupun hanya dengan satu ayat... 

Sama2la kita mengambil pengajaran dari pesanan Luqmanul Hakim kepada anak2nya... semoga post ni memberi kebaikan dan iktibar kepada semua... INSYALLAH :)


1.     Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKALkepada ALLAH.
2.     Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
3.     Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
4.     Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
5.     Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6.     Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
7.     Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
8.     Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
9.     Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18.Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
23. Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24. Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Wallahu a`lam
sources : pakbelang

THE MOST UNIQUE BUILDINGS IN THE WORLD



1. Barcelona (Spain)


2. The Crooked House  ( Sopot Poland )


3. Stone House  ( GuimarĂ£es , Portugal )

4. Lotus Temple  ( Delhi , India )

5. Cathedral of Brasilia ( Brazil )

6. La Pedrera    ( Barcelona , Spain )

7. Atomium ( Brussels , Belgium )

8. Museum of Contemporary Art  ( Niteroi , Rio de Janeiro , Brazil )

9. Kansas City Library ( Missouri , USA )

10. Low impact woodland house ( Wales , UK )

11. Guggenheim Museum ( Bilbao , Spain )


 12. Rotating Tower ( Dubai , UAE )

Have you ever seen a building in motion that actually changes its shape?
This building will never appear exactly the same twice.  It is amazing but you will have the choice of waking up to sunrise in your bedroom and enjoying sunsets over the ocean at dinner.  In addition to being such an incredible engineering miracle it will produce energy for itself and even for other buildings because it will have wind turbines fitted between each rotating floor (picture 2 ) . So an 80-story building has up to 79 wind turbines , making it a true green power plant.


13. Habitat 67 ( Montreal , Canada )


14. Casa da musica ( Porto , Portugal )

15. Olympic Stadium ( Montreal , Canada )

16. Nautilus House ( Mexico City , Mexico )

17. The National Library ( Minsk , Belarus )

 
19. Conch Shell House ( Isla Mujeres , Mexico )

20. House Attack ( Vienna , Austria )

22. Cubic Houses (Kubus woningen )( Rotterdam , Netherlands )

23. Ideal Palace ( France )

24. The Church of Hallgrimur ( Reykjavik , Iceland )

26. The Museum of Play ( Rochester , USA )

27. Atlantis ( Dubai , UAE )

28. Montreal Biosphere ( Canada )

29. Wonderworks (Pigeon Forge , TN , USA )

30. The Basket Building ( Ohio , USA )

31. Kunsthaus   ( Graz , Austria )


32. Forest Spira ( Darmstadt , Germany )

33. Wooden Gagster House ( Archangelsk , Russia )


sources: pakbelang